Translate

16 January 2020

Kerajaan negeri Kelantan membeli kereta mewah Mercedes dengan nombor DV1 sedangkan negeri itu berdepan masalah kewangan.

Image result for dv1 kelantan




Kelantan mengaku beli kereta mewah
FMT Reporters
-January 16, 2020 7:34 AM
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

PETALING JAYA: Kelantan mengaku membeli kereta mewah untuk kegunaan Menteri Besarnya, Ahmad Yakob selepas tular di media sosial mengatakan kerajaan negeri itu menggunakan peruntukan khas sebanyak RM400 juta untuk membeli Mercedes Benz.

Menurut Pejabat Menteri Besar Kelantan, kenderaan itu dibeli bagi menggantikan kenderaan rasmi pemimpin negeri yang dibuat menerusi kenyataan timbalan menteri besar pada 12 September 2018.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri besar dan exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun lalu.

“Kenderaan rasmi menteri besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan pemberian Sultan Kelantan,” menurut kenyataan itu.


Sebelum ini tular di media sosial mengenai gambar kenderaan rasmi menteri besar iaitu Mercedes Benz dengan no plat DV 1 yang dianggarkan bernilai hampir RM700,000.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa dilaporkan berkata kerajaan negeri membeli kereta mewah untuk kegunaan pegawai tingginya sedangkan negeri itu berdepan masalah kewangan.

Katanya, negara mengambil pendekatan berjimat namun Kelantan membeli Mercedes Benz sedangkan kereta rasmi pegawai kerajaan adalah Proton Perdana.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED