Translate

09 January 2020

Dakwaan tular kes culik kanak-kanak di Bandar Baru UDA tidak benar, sebenarnya Kes Samun


Dakwaan tular kes culik kanak-kanak tidak benar

Published: January 9, 20203:56 pm
AuthorMasturah Suradi



Dakwaan yang mengatakan terdapat kejadian penculikan kanak-kanak di Bandar Baru Uda.


JOHOR BAHRU, 9 JAN : Tular kononnya berlaku kes penculikan kanak-kanak melalui satu rakaman video memaparkan seorang wanita menjerit meminta tolong yang dikatakan berlaku di Bandar Baru Uda, di sini.

Mesej tular itu menyatakan kejadian tersebut berlaku di depan kedai emas berdekatan Domino’s Pizza di Uda Business Centre.

Di mana kandungan mesej berkenaan mendakwa sebuah kereta Vios hitam dinaiki tiga orang bertopeng telah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, kejadian berlaku di hadapan mata kedua ibu bapa mereka ketika kanak-kanak perempuan itu melintas jalan tanpa dipegang oleh ibu bapa mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi menafikan perkara itu dan memaklumkan rakaman video berkenaan adalah kejadian samun yang berlaku kelmarin.

“Empat suspek berkenaan telah ditangkap di Iskandar Puteri dan sidang media berkenaan kejayaan tangkapan itu juga telah diadakan semalam.

“Polis juga tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes kanak-kanak yang dilarikan,” katanya, hari ini.

Semalam JohorKini melaporkan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menahan empat penyamun jalanan selepas melakukan beberapa jenayah samun di daerah tersebut.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada remaja berusia 19 hingga 22 tahun yang positif dadah telah melakukan samun ke atas sebuah kereta grab jenis Volkswagen Polo hitam dipandu seorang lelaki di kawasan Tun Aminah pada 5 Januari lalu.

Suspek kemudian melakukan samun terhadap beg tangan milik seorang perempuan di Bandar Baru Uda pada 7 Januari seperti mana tular di media sosial sebelum melakukan samun di sebuah salon di Taman Bukit Indah.

Bagaimanapun kesemua suspek yang menaiki Volkswagen Polo hitam itu berjaya dikesan dan ditangkap di hadapan kedai makan sekitar Pandan hasil tindakan pantas polis.

Johorkini

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED