Translate

29 December 2019

Polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang,




Polis maut tertembak diri sendiriSimpan Artikel
MyMetro



GAMBAR hiasan



Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my





ANGGOTA polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian 3.55 pagi itu, anggota lelaki berusia 26 tahun itu berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya.


Katanya, terdapat satu kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri anggota terbabit.


“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan pihak polis.

Sementara itu, Md Noor Aehwan berkata, mangsa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, anggota terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan seorang anak.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 6:45 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed '60 individu ditahan dalam operasi pencerobohan tan' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 3 hrs 52 mins ago