Translate

22 August 2019

Tun Mahathir - Zakir Naik Tidak Akan dihantar pulang

Zakir Naik tidak akan dihantar pulang - Tun M

Astro Awani |  Ogos 22, 2019 19:13 MYT

Pendirian Dr Mahathir bahawa Zakir Naik tidak akan dihantar pulang masih sama. - Gambar fail


PENDAKWAH bebas, Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India, demikian penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Buat masa ini, tiada perubahan (pendirian)," kata beliau seperti dilaporkan portal Utusan Online hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian selepas majlis perjumpaan bersama 1,500 pegawai kerajaan gred 41 hingga 48 di Putrajaya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, Zakir tidak akan dihantar pulang sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.

Dr Mahathir juga berkata, Malaysia tidak boleh mengusir Zakir kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Penceramah itu kini sedang disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang dikatakan berbaur perkauman.

BACA: 'Saya mohon maaf' - Zakir Naik akui tiada niat sakiti hati masyarakat bukan Islam

BACA: Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED