Translate

17 August 2019

Polis Rampas Pistol Penjenayah di tengah highway




MKL Crimedesk
Published on 8 Aug 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Tindakan seorang lelaki memecut kenderaannya sejauh kira-kira tiga kilometer bagi mengelak dicekup polis hanya mengundang padah apabila dia diberkas bersama sepucuk pistol miliknya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek seorang lelaki tempatan yang menaiki Proton Iswara dikesan dalam keadaan mencurigakan di Pandan Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, bagaimanapun tindakan suspek bersama seorang rakannya yang memecut hingga Lebuhraya Besraya gagal selepas keretanya bergesel dengan enam buah kenderaan lain.

Jelasnya, Suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis. Namun, rakan suspek berjaya meloloskan diri.

Pemeriksaan pada beg silang yang dipakai mangsa menjumpai sepucuk pistol Hogue Grips, kelopak serta 48 butir peluru.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya siang tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai 18 rekod lampau bersabit kes dadah, pecah rumah, samun serta rekod dikehendaki.

Katanya, dipercayai suspek yang didapati positif dadah ini terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan beberapa kes jenayah lain.

Jelasnya lagi, soal siasat suspek mendakwa pistol itu dibeli daripada seorang individu dengan harga 15 ribu ringgit dan polis masih siasat sama ada senjata itu pernah diguna suspek dalam kegiatan jenayah lain.

Usaha memburu rakan suspek juga masih dijalankan dan orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat semasa kejadian untuk tampil bantu siasatan.

Tambahnya, suspek berusia 51 tahun itu kini direman tujug hari sehingga Selasa depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED