Translate

18 August 2019

Jabatan Imigresen Gempur Pub Tawar GRO Warga Asing




MKL Crimedesk
Published on 15 Aug 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Jabatan Imigresen Selangor terus memperhebatkan operasi mengesan Pendatang Asing Tanpa Izin PATI yang bekerja di pusat hiburan

Menerusi Ops Gegar yang dilakukan malam tadi... 2 buah pusat hiburan dekat Puchong dan Klang digempur dengan penahanan 38 wanita asing yang bekerja sebagai GRO.

Operasi bermula jam 10 malam itu turut mengejutkan lebih 100 pelanggan yang leka dengan layanan GRO terbabit.

Ada yang bertempiaran lari melalui pintu belakang premis... Namun usaha itu gagal apabila kesemua laluan keluar masuk dikepong.

Pemeriksaan mendapati 24 daripadanya warga Vietnam dan 14 Thailand gagal menunjukkan permit dan paspot.

Turut di tahan seorang pekerja lelaki warga myanmar serta 5 penjaga premis warga tempatan di kedua dua operasi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 kurungan 1 kurungan c 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan seksyen 15 kurungan 1 kurungan c akta sama kerana tinggal lebih masa serta seksyen 39b kerana melanggar syarat pas di bawah peraturan imigresen 1963.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun di bawa ibu pejabat imigresen selangor untuk tindakan lanjut.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED