Translate

06 August 2019

Hukuman penjara 30 bulan kepada Penjaja yang hina nabi, agama Islam dan kematian Adib

BERITA»KesSelasa, 6 Ogos 2019 | 3:07pm




Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Chow Mun Fai (kanan). - Foto NSTP
Penjaja dipenjara 30 bulan hina nabi, agama Islam dan kematian Adib


Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bh.com.my

2134 dibaca Share Tweet Share



KUALA LUMPUR: Tindakan penjaja menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dan junjungan tinggi Nabi Muhammad SAW melalui kicauan di Twitter mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap lelaki itu.



Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh bulan hingga 30 bulan bagi kelapan-lapan tuduhan dihadapi tertuduh, Chow Mun Fai, 43 sekali gus memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 6 Mac lalu.



Edwin berkata, mahkamah tidak boleh menerima tindakan tertuduh memberi pelbagai komen negatif terhadap agama lain.



“Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.



“Tindakan menghina agama lain pula dilakukan secara berulang kali dan seperti dirancang,” katanya.



Mengikut tuduhan pertama, Mun Fai didakwa membuat kenyataan mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu berhubung kematian Muhammad Adib menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’, pada 8.07 pagi, 13 Februari 2019.



Kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Tertuduh turut didakwa atas tiga tuduhan memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial sama, pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lalu.



Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.



Mun Fai juga didakwa atas empat lagi tuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati individu lain iaitu menggunakan profil Twitter sama, masa dan tempat sama.



Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.



Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lalu.



Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala Mun Fai diwakili peguam Mohan Raj.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED