Translate

06 January 2019

Rosyam Nor Upset at Being Called A "Barua" by certain parties online after revealation he only owned 10% in St Rosyam Mart (Full PC)




Full Press Conference



Rosyam Nor nafi dirinya jadi barua

Penerbit terkenal dedah miliki 10 peratus saham dalam perniagaan ST Rosyam Mart
Mohd. Haikal Isa
06 Januari 2019 8:23 AM







KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang diusahakan sejak tahun lalu.


Sedih dengan tuduhan yang mendakwa beliau sebagai barua Cina, pemilik nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin menjelaskan bahawa dirinya adalah pemegang saham seba­nyak 10 peratus dalam perniagaan syarikat berkenaan.


“Saya amat kecewa dengan tuduhan sebagai barua Cina se­perti yang tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya adalah pemegang saham 10 peratus syarikat ini.

“Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Nor namun melabel saya sebagai barua membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar,” kata pada sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini semalam.

Perkataan barua dalam Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat.

Rosyam memberitahu, syarikat itu sebenarnya dimiliki Datuk Raymond Ho Cheng Hann yang memegang saham seba­nyak 89 peratus dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek pula berjumlah satu peratus.

“Saya bukan datang daripada keluarga yang senang. Jadi ingin mendapatkan modal sebanyak RM20 juta untuk menubuhkan syarikat ini adalah mustahil.

“Jadi saya mendapatkan bantuan daripada individu-individu yang saya sebutkan tadi terma­suk syarikat Sri Ternak. Lebih menyedihkan lagi apabila pengasas Sri Ternak Group dituduh pula sebagai pengedar dadah,” ujar pelakon filem KL Menjerit itu.

Sejak Rabu lalu, kecoh dalam media sosial apabila terdapat khabar angin yang kononnya mendakwa pelakon berusia 51 tahun itu bukanlah pemilik sebenar ST Rosyam Mart, sebaliknya syarikat tersebut didakwa dikuasai kaum Cina.

Pengguna media sosial juga berkongsi paparan skrin butiran ST Rosyam Mart yang diambil daripada laman sesawang rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Rosyam memberitahu, beliau telah membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwanya sebagai barua Cina dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai merupakan seorang pengedar dadah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED