Translate

09 January 2019

RIBUAN cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat.

Rabu, 9 Januari 2019 | 8:27pm
BERITA HARIAN ONLINE





RIBUAN cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat. - Foto Twitter
Makkah `diserang' ribuan cengkerik



MAKKAH: Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.



Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.




Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.



Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.



RIBUAN cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat. - Foto Twitter





“Kami mengambil semua langkah yang ada untuk mempercepatkan proses membasmi serangan itu bagi keselamatan dan keselesaan tetamu Allah,” katanya.



Pihak berkuasa itu turut menyiarkan gambar dan video pekerja menyembur racun serangga di sistem kumbahan serta longkang di sekeliling Masjidil Haram.



Masjidil Haram adalah lokasi utama bagi jutaan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah umrah dan haji.



Kejadian itu bukanlah sesuatu yang baharu dan Arab Saudi sebelum ini sering berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang. - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Segelintir Majikan Masih Degil Enggan Bayar Gaji M' 16 secs ago
A visitor from London viewed 'Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepany' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Mardin viewed 'PNB has appointed Hanizan Hood its chief investmen' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 56 mins ago