Translate

12 January 2019

Masyarakat Orang Asli dingatkan supaya tidak membuat kesilapan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands


Jika undi BN, nasib Orang Asli tidak berubah, kata persatuan Orang Asal
Faiz Zainudin
-January 12, 2019 9:21 AM
Masyarakat Orang Asli menghadiri program anjuran PH di kawasan Dun Jelai, salah satu kubu kuat BN, semalam.

CAMERON HIGHLANDS: Masyarakat Orang Asli dingatkan supaya tidak membuat kesilapan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hujung bulan ini walaupun calonnya berasal daripada kaum mereka.

Wakil Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS), Yusri Ahon berkata, kemenangan calon BN tidak mampu mengubah nasib kaum itu kerana Putrajaya kini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH).Wakil JOAS, Yusri Ahon.

“Orang Asli perlu membuat keputusan berani dan tepat. Jika mereka memilih BN, maka mereka sudah membuat kesilapan besar.

“Dulu masa BN perintah Putrajaya, mereka kata kalau undi pembangkang tidak ada perubahan dan tidak boleh buat apa-apa sebab tidak ada kuasa, sama juga sekarang. Kalau undi BN yang dah jadi pembangkang, mereka tidak boleh buat apa-apa kerana PH memerintah. Jadi nasib Orang Asli tetap diabaikan,” katanya kepada FMT.




Katanya, jika Orang Asli tetap mengundi BN, nasib kaum itu akan tetap diabaikan, termasuklah dalam isu hak pemilikan tanah dan kawasan petempatan.

“Apakah yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini dalam isu pemberian milik tanah, tapak rumah dan ladang hanya 2 hingga 5 ekar?

“Ini termasuk juga pembinaan empangan yang telah melupus dan menengelamkan perkampungan Orang Asli. Begitu juga aktiviti pembalakan secara berleluasa yang melenyapkan tanah dan wilayah adat Orang Asli,” katanya.

Tolak kerajaan PH jika lebih buruk daripada BN

Yusri berkata, Orang Asli berhak menolak kerajaan PH pada pilihan raya umum akan datang jika prestasiya lebih buruk daripada BN selepas diberi mandat memimpin.

“Orang Asli memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf mutu dan kemudahan kehidupan mereka,” katanya.



Yusri berkata, kawasan Orang Asli Cameron Highlands bukanlah kubu kuat BN dengan mendakwa parti itu hnya mendapat kelebihan 500 undi berbanding PH pada pilihan raya lepas.

“Daripada kira-kira 22% pengundi Orang Asli daripada jumlah keseluruhan pengundi pada pilihan raya lalu, BN hanya mendapat kelebihan kira-kira 500 undi, jadi kali ini kalau BN kuasai undi Orang Asli tidak banyak bezanya. Kalau PH mendahului sokongan Orang Asli, kelebihannya lebih kurang 500 undi juga,” kata beliau.

PH mempertaruhkan M Manogaran sebagai calonnya, sementara BN menamakan bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas juga mengumumkan untuk bertanding di situ.

PRK Cameron Highlands diadakan berikutan pembatalan kemenangan calon BN sebelum ini, Datuk C Sivarraajh, oleh Mahkamah Pilihan Raya kerana mendapati wujudnya amalan rasuah ketika pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Jan depan sebagai hari mengundi, dan 12 Jan sebagai hari penamaan calon.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands mencatatkan jumlah pengundi seramai 32,048 orang, dengan pengundi Melayu mewakili 34.24%, Cina (32.9%), India (12.48%) dan Lain-lain (20.98%).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED