Translate

13 January 2019

Was Johor MB denied or stopped from entering Sultan’s Proton Saga with Tun Dr. Mahathir?




MALU: Sultan tak bagi MB Johor naik Proton Saga
3 DAYS AGO




Satu kejadian lucu dan memalukan telah berlaku hari ini apabila hajat Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian ingin menaiki kereta Proton Saga bersama Sultan Johor dan Perdana Menteri tidak kesampaian.

Dalam video yang tidak sengaja dirakamkan itu, ketika Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tun Dr Mahathir Mohamad sedang memasuki kereta Proton saga antik milik baginda, Osman Sapian kelihatan terpinga-pinga kerana mungkin tidak dijemput sama untuk menaiki kereta itu.

Melihatkan tiada sesiapa yang membukakan pintu untuknya, Osman membuka sendiri pintu kereta di bahagian di belakang.

Dapat dilihat di dalam video Osman membongkokkan badan tanda beliau mahu masuk ke dalam kereta.

Tetapi mungkin kerana dilarang oleh baginda, Osman menutup semula pintu kereta itu dan sekali lagi beliau terpinga-pinga mencari kenderaan yang lain untuk dinaiki.



Gelagat Osman itu menjadi bahan gelak tawa netizen dan video tersebut mula diviralkan di media sosial.

Hari ini selepas perjumpaan yang tidak diketahui isi perbincangannya, Sultan Johor menghantar Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dengan menaiki kereta Proton Saga antik berwarna biru Barisan Nasional yang pernah dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

Tindakan baginda menghantar Perdana Menteri Malaysia dengan menaiki kereta itu menjadi bualan hangat netizen apabila ramai yang membandingkan layanan yang Sultan Ibrahim pernah berikan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diberi kesempatan untuk menaiki Rolls-Royce sewaktu lawatannya satu ketika dahulu.– AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]









© MALU: Sultan tak bagi MB Johor naik Proton Saga - Abu Leman

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/01/sultan-tak-bagi-mb-johor-naik-proton-saga.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED