Translate

18 February 2018

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.


Image result for Rafiq Mohamed Mustafa

Lelaki Ditahan Disyaki Hina, Tularkan Gambar Anggota Polis

Details Published on Sunday, 18 February 2018 10:03

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di sini, hari ini kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira 2.10 pagi.

Beliau berkata lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya.

"Polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," kata Mohamed Rafiq dalam kenyataan malam ini.

Semasa rondaan di sekitar Taman Desa Bakti di sini, anggota polis berkenaan menahan lelaki itu kira-kira 6.30 petang kerana tidak memakai topi keledar sebelum mengeluarkan saman terhadapnya.

-BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur m' 11 secs ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sambutan Songkran Peringkat Kebangsaan di Perak 11' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Enam Penyerang Pemandu Lori Direman | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 18 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 19 mins ago