Translate

06 February 2018

Sebuah Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM800,000 dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail


TMJ dapat hadiah Aston Martin


05 Februari 2018 2:41 PM




Kereta Aston Martin yang diterima TMJ.




KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.


Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan lebih RM800,000 itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.


Warna merah biru dipilih menjadi konsep kereta tersebut yang melambangkan bendera Johor.

Kenyataan mengenai hadiah itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad lalu. - K! ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED