PELAKON, Sofi Jikan di bebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad
'Lu rembat wa, wa rembat lu!'
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
KONGSI ARTIKELShare Tweet Share
Jumaat, 9 Februari 2018 | 1:39pm
PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan pagi ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari sejak kelmarin, bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Sebaik dibebaskan, Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang ditemui di hadapan pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, berkata:
"Kasi sengat! Lu rembat wa, wa rembat lu!"
Terdahulu, pelakon itu berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakannya sepanjang direman.
"Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat," katanya kepada pemberita sini, hari ini.
Ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, Sofi menjawab: "Hanya Tuhan yang tahu.
"Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah," katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili pelakon itu berkata, anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang dalam tahanan reman.
Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta Proton Inspira di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya bagi proses jaminan polis.
Proses tamat kira-kira jam 11.40 pagi dan Sofi ditemani Hanif serta pembantu peribadi, Razlan Jais.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam Selasa lalu, ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Farid Kamil, 37, pada 31 Januari lalu.
Selain Sofi, dua lagi artis turut dipanggil polis bagi memberi keterangan tetapi mereka belum berbuat demikian.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/386540/lu-rembat-wa-wa-rembat-lu