Translate

19 February 2018

Koperal Polis didakwa meminta wang suapan RM500 sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki dan motosikal jenis SYM



Koperal didakwa rasuah



RUSLAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE


Rosalinda Md. Said

19 Februari 2018 11:12 AM





KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan bernilai RM500 daripada seorang penunggang motosikal, tahun lalu.


Ruslan Deraman, 57, yang bertugas di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.


Tertuduh didakwa meminta wang suapan RM500 sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan motosikal jenis SYM yang ditahan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Wakaf Tapai pada 13 Februari 2017.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/koperal-didakwa-rasuah-1.612169#ixzz57Xk4jYOS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 56 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 1 hr 15 mins ago