image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/02/05/16/53/clipboard.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
KUALA LUMPUR: Apa jadi kemelut anak-beranak antara Nedim Nazri, ibu tirinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar dan bapanya Datuk Seri Nazri Aziz?
Minggu lalu dalam laman Instagram, Haflin yang berperang melalui alam siber dengan Nedim mencabar pemuda itu untuk muncul berjumpa bapanya di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang di sini pada Isnin bagi menyelesaikan beberapa masalah antara mereka.
Nampaknya Nedim tidak menyahut cabaran ibu tirinya itu apabila dia tidak muncul seperti yang diminta oleh Haflin.
Beberapa wartawan juga dilihat berkumpul di hadapan bangunan utama MaTiC untuk menunggu kehadiran Nedim sejak pukul 12 tengah hari namun hampa apabila dia gagal hadir bagi menyahut cabaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN “Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim” - Nazri Aziz
Usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan gagal kerana jadual kerja beliau yang tidak mengizinkan.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/05/nedim-tak-muncul/~/media/fb2c56220c64411fb7098bd52abcedac.ashx?la=en
Haflin kini bahagia dengan Nazri.
Pihak media juga dimaklumkan oleh wakil Nazri bahawa beliau turut menunggu kehadiran Nedim sejak pagi namun perlu menyambung mesyuarat yang ditangguhkan disebabkan kegagalan anaknya itu hadir.
Sebelum ini Nazri ada ‘bersuara’ tentang kewajaran isterinya Haflin membuat berberapa kenyataan terbuka di laman sosial mengenai Nedim yang turut menjadi mangsa buli siber pemuda itu.
Haflin yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri di laman Instagramnya.
Perang siber antara anak dan ibu tiri itu mendapat perhatian ramai apabila mereka sering membalas kenyataan.
Ketidakhadiran Nedim itu seolah-olah memperlihatkan dia enggan melayan permintaan Haflin selain dia juga mungkin sibuk mengurskan restorannya di Bangsar.
mStar Online juga mendapati Nedim itu turut sibuk dengan jemputan termasuklah menghaidiri majlis resepsi perkahwinan Betty Rahmad pada Ahad.
Dia juga ketika ini memberi tumpuan yang lebih banyak buat cinta hatinya, Nora Danish yang sedang sarat mengandung.
Apa-apa pun mudah-mudahan perselisihan faham anak-beranak ini dapat diselesaikan dengan baik.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/05/nedim-tak-muncul/#IH8Kl4jJGLHgtiAI.99
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz 'bersuara' tentang kewajaran isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Nazri mendakwa, Haflin telah menjadi mangsa buli siber kepada anaknya sendiri iaitu Nedim Nazri, sejak dua tiga hari lalu.
"Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.
"Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?," kata Nazri ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk gangguan yang didakwa dilakukan oleh Nedim terhadap isterinya.
Sebelum ini, Haflin, 36, memuat naik kenyataan di Instagram, ditujukan kepada anak tirinya sambil mencabarnya tampil bertemu dengan bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Isnin depan dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.
"@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.
"Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya," tulisnya, malam Rabu.
"Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia," tulis Haflin.
Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.
Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.
Semakan mStar Online di akaun Instagram Nedim pada petang Khamis pula mendapati, suami kepada pelakon Nora Danish itu ada memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.
Tulis Nedim: "Quos Deus vult perdere prius dementat - sesiapa yang Tuhan mahu hancurkan, Dia akan jadikan orang itu gila."
Haflin turut membalas kenyataan itu menerusi Insta Story, 'memuji' kebolehan anak tirinya itu berbahasa Perancis, sama seperti anak kandungnya yang hanya dinamakan sebagai 'JP'.
"Bonjour! (Hello!) anak tiri saya @boss_ned sudah pandai ikut adik JP cakap Perancis la!
"C'est magnifique (Ia bagus). Saya sungguh tidak kisah jika orang fikir saya gila atau tidak. Apa yang paling penting, bapa kamu mencintai saya dan cinta dalam hidupnya, JP," tulis Haflin.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/01/buli-siber-haflin/#x8KACHpXxZVqHSFd.99