Translate

01 September 2017

Pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa telah menipu lebih 100 mangsa dan ditularkan, direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.








Perancang Perkahwinan Tular Menipu Direman
Published on Aug 31, 2017 in Utama & Sensasi


KLANG – Seorang wanita dipercayai pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa telah menipu lebih 100 mangsa dan ditularkan, direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Nisha di Mahkamah Majistret Klang di sini, kira-kira 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Bernama, berkata suspek ditahan pada 4.20 petang semalam di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.
“Suspek ditahan susulan laporan seorang pengadu mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya.
Mangsa dikatakan sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini,” katanya.
Beliau berkata polis sedang mengenal pasti mangsa lain dan laporan mengenainya dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.
Awal minggu ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita diserbu oleh kira-kira 100 individu yang mendakwa diperdaya oleh syarikat suspek menerusi pakej perkahwinan yang ditawarkan, melibatkan kerugian hampir RM500,000.
Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pengantin dan bakal pengantin terbabit meminta penjelasan daripada wanita itu yang didakwa gagal memenuhi pakej perkahwinan dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan. -BERNAMA

M



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED