Translate

28 September 2017

BAPA kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan menerima teguran netizen mengenai tudung singkat dan baju ketat anaknya




“Maaf Tudung Singkat” – Bapa Mia Sara

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 6:30 AM



Mia dikritik netizen gara-gara memakai tudung singkat sehingga menampakkan bonjolan di bahagian dadanya. Foto Instagram: @therealmiasara.
(Ubah saiz teks)



BAPA kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan menerima teguran netizen mengenai tudung singkat dan baju ketat anaknya itu semasa hadir pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu.

Ridhuan atau lebih mesra dengan panggilan Ridz menegaskan, baju yang digayakan Mia tidak ketat seperti diperkatakan sehingga dapat memperlihatkan bahagian dadanya.

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja.


"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," kata Ridz ketika dihubungi mStar Online.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 12, yang menggayakan busana berwarna merah mengikut bentuk badan dikecam hebat netizen.

Rata-ratanya mempertikaikan tudung yang dipakai Mia terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada dan tidak sesuai untuk remaja usiannya.





image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/28/mia-tudung-singkat/~/media/50031b7bba4c43d29b5da3f540375cdb.ashx?la=en



Ayah Mia, Ridz terima teguran netizen yang mempertikaikan tudung yang dipakai anaknya singkat.

Menurut Ridz, segala persiapan Mia pada malam tersebut dilakukan di saat-saat akhir dan menyebabkan dia tidak dapat membetulkan pakaian anaknya.

"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir.

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.

"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu," ujarnya.

Dalam pada itu, Ridz memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu.

Baginya, Mia kelihatan cantik dengan busana digayakannya.

Malah, dia berterima kasih kepada netizen yang meninggalkan komen positif dengan mengunakan ayat-ayat betul.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik.

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," katanya.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/28/mia-tudung-singkat/#segrmR2O2U0wKSut.99

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED