Translate

29 September 2017

Konsert Bersiri di Tasik Taman Titiwangsa Meraikan Kemerdekaan ke 60 Malaysia bermula dengan konsert Amelina 29 September 2017

Ratu Dangdut Malaysia Amelina


Di dalam suatu sidang media petang di Taman Titiwangsa, D’Saji KL Titiwangsa dan BEST FB KL Concerts mengumumkan bahawa  untuk Merayakan Kemerdekaan ke 60 Malaysia, mereka akan menganjurkan suatu konsert bersiri  daripada bulan September 2017 sehingga August 2018.

“Kami berasa tidak ada aktiviti yang secukupnya untuk merayakan 60 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Kami ingin menyokong initiatif kerajaan dengan menganjurkan konsert bersiri ini” kata En. Kamaluddin Kasim GM BEST FB KL Concerts.

Di  konsert bersiri yang akan dianjurkan ini, artis-artis pujaan ramai yang A-List Sahaja akan ditampilkan. Kebanyakan artis yang kita telah membuat perbincangan memamg berminat untuk mengambil bahagian dalam initiatif ini tambah beliau.

3 konsert pertama yang akan diadakan akan menampilkan 3 artis yang memang ada ramai peminat diantara masyarakat umum.

Amelina – 29 September 2017
Zamani Slam – 6 Oktober 2017
Nassier Wahab – 27 Oktober 2017


Di semua konsert yang akan dianjurkan, ada persembahan pembukaan.
Untuk konsert Amelina , artis  muda dangdut Baby Shima akan membuat persembahan
 
Baby Shima

Untuk Konsert Zamani Slam, Zul daripada Kumpulan Rock Balada Tempatan Electric 5 akan membuat persembahan.

Kedua- dua artis ini akan diiringingi oleh Patriot Band.

Di konsert -konsert ini pihak penganjur ingin juga memupuk semangat patriotik masyarakat  awam yang hadir dengan mainkan lagu Negaraku pada permulaan semua konsert dan beberapa lagu patriotik.

Tiket Tiket untuk Konsert- konsert yang akan diadakan boleh dibeli melalui 4 cara:
Ø  Di Kaunter pertanyaan D’Saji Titiwangsa KL
Ø  Di Laman Web MyTicket.Asia
Ø  Atau di talian box office +6011 1695 0047, di mana tiket boleh dibayar melalui Bank Transfer dan diambil pada hari konsert atau dihantar melalui kurier.
Ø  Untuk tempahan tiket 10 ke atas home/office delivery boleh diaturkan.

Untuk merayakan Kemerdekaan Ke 60 Malaysia, setiap pembeli tiket akan dapat menikmati juadah lazat yang disediakan oleh pihak D’Saji.

Pada minggu pertama setiap bulan,  pihak penhanjur akan mengumumkan nama nama artis – artis yang akan mengadakan konsert mereka untuk bulan itu.

Antara para hadirin yang hadir dalam sidang media petang tadi ialah Ratu Dangdut Malaysia Cik Amelina, Raja Balada Pop Malaysia Zamani Slam dan Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Abdullah, CEO Felda D’Saji


Raja Pop Balada Zamani Slam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED