Translate

24 September 2017

Filem Adiwiraku arahan Eric Ong diangkat sebagai filem terbaik pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29)


'Adiwiraku' Diumum Filem Terbaik FFM29

Filem 'Adiwiraku' diumumkan sebagai Filem Terbaik FFM29.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Filem Adiwiraku arahan Eric Ong diangkat sebagai filem terbaik pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Sabtu.
Adiwiraku turut meraih trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh Jason Chong dan Sangeetha Krishnasamy pula berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik.
Dalam pada itu, Filem Redha pula merangkul empat anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Namron), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong), Pengarah Harapan Terbaik (Tunku Mona Riza) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).
Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan penganjur iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/23/ffm29-pemenang/~/media/965bb73bc84c4f96aec84ea0f063e5fa.ashx?la=en
Dain Said memenangi Pengarah terbaik untuk filem Interchange.
Sebanyak 24 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM29 ini.
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada Datuk Yusof Haslam.
FFM29 dihoskan oleh Zizan Razak serta hos bersama Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Turut hadir ialah, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abd Talib dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Salamiah Hassan, Atilia, Dualiti, Ameerais, Fina Jebat, Mirwana, UNIC, dan Shiha Zikir.
Berbeza untuk penganjuran Festival Filem Malaysia tahun ini apabila lima terbaik diumumkan pada malam kemuncak selain pemansuhan Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia yang diperkenalkan pada tahun lalu.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/23/ffm29-pemenang/~/media/9e50ec3f99c74e91bb476be91982eb9c.ashx?la=en
Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik Nam Ron.
Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bertindak sebagai rakan promosi dalam penganjuran anugerah ini.
Berikut ini senarai 24 pemenang FFM29
1. Filem Terbaik : Adiwiraku
2. Pengarah Terbaik : Dain Said - Interchange
3. Pelakon Lelaki Terbaik : Nam Ron - Redha
4. Pelakon Wanita Terbaik : Sangeetha Krishnasamy - Adiwiraku
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam - Interchange
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Diana Danielle - Hanyut
7.  Pelakon Lelaki Harapan : John Tan - You Mean The World To Me
8. Pelakon Wanita Harapan  : June Lojong - Redha
9. Pengarah Harapan : Tunku Mona Riza - Redha
10. Lakon Layar Terbaik : Saw Teong Hin - You Mean The World To Me
11. Cerita Asal Terbaik :  Jason Chong - Adiwiraku
12. Pelakon Kanak Kanak Terbaik : Harith Haziq - Redha
13. Sinematografi Terbaik : Jordan Chiam - Interchange
14. Penyunting Terbaik : Nazim Shah - J Revolusi
15. Filem Box Office : Abang Long Fadhil 2
16. Karyawan Sepanjang Zaman : Datuk Yusof Haslam
17. Anugerah Khas Juri 1 : Desolasi
18. Anugerah Khas Juri 2 : Shuttle Life
19. Anugerah Khas Juri 3 : Pekak
20. Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim
21. Penataan Bunyi Terbaik: Daniel - Hanyut
22. Penataan Seni terbaik: Zaharah Nakibullah - Interchange
23. Rekaan Kostum Terbaik: Akma Suryati Awang - Hanyut
24. Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee - You Mean The World To Me

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/23/ffm29-pemenang/#VWSc6eO7UPeOAZx4.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED