Translate

24 September 2017

Noh Omar membuat kenyataan tiada kaitan dengan syarikat Boy Iman.





Skim Perumahan Boy Iman Tidak Terjamin - Noh Omar

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 4:58 PM

/

Boy Iman (kanan) bergambar dengan Noh Omar ketika menteri itu hadir ke jamuan Syawal di pejabat pelakon itu pada Syawal lalu.
(Ubah saiz teks)



PETALING JAYA: Skim perumahan DBI Properties yang dimiliki pelakon Datuk Boy Iman tidak dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau dikenali dengan Akta 118.

Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, skim seperti ini tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin.

“Saya nasihatkan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana saya percaya pasti ada perjanjian atau kontrak telah dibuat diantara pembeli dan syarikat DBI Properties atau membuat laporan kepada polis dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook miliknya pada Khamis.


Boy Iman

Boy Iman Didakwa Cuba Menipu Guna Skim Penjualan Rumah

Syarikat Boy Iman Tidak Diberi Kebenaran Guna Logo Sirim

Isu projek perumahan murah yang diperkenalkan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 37, menjadi kontroversi apabila orang ramai yang membayar bagi memiliki rumah pada harga rendah telah membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini selepas merasakan ditipu.

Skim berkenaan dikatakan mendapat pengiktirafan selepas Noh menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon tersebut pada Hari Raya lalu dan turut memberi ucapan pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu Noh berkata, beliau amat terkejut kerana dikaitkan dengan skim perumahan tersebut.

Ujarnya, video yang tersebar semasa kehadirannya pada majlis jamuan Hari Raya anjuran Boy Iman itu bukan program rasmi.

“Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan,” katanya.






Noh Omar membuat kenyataan tiada kaitan dengan syarikat Boy Iman.

Tambah beliau skim perumahan yang diperkenalkan DBI Properties juga tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin.

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan Jabatan Perumahan Negara agar mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini. Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya,” kata Noh.

Dalam masa yang sama mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355, 03-88914356.
Tags / Kata Kunci:


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/21/noh-boy-iman/#VuGPS3MMUjjlF7vk.99

Image result for noh omar boy iman

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED