Translate

29 August 2017

Nonny Nadirah sanggup bersumpah dia tidak ada hubungan sulit dengan suami penyanyi Adira



Nonny Sumpah Tiada Skandal Dengan Suami Adira

..
Tidak mahu terus-terusan dianggap ada hubungan sulit dengan suami penyanyi Adira, pelakon Nonny Nadirah sanggup bersumpah sebagai membuktikan lagi bahawa dakwaan itu tidak benar.

Menerusi laporan mStar online, pelakon berusia 28 tahun menegaskan dia tidak pernah bertemu, mahupun berhubung dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red
"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).
"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," kata.
Terdahulu, Nonny dikaitkan dengan ahli perniagaan itu selepas Adnan mengakui menjalin hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai 'N'.
Bagaimanapun, Adnan mengakui hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu itu sudah berakhir selepas ia dihidu Adira.
Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) ini, dia terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Adnan dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan itu.
Nonny bagaimanapun tidak mahu memberikan kenyataan lanjut kerana apa didakwa Adnan itu tidak benar.
"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu.
"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar," ujarnya.
Tambah pelakon berasal dari Sabah ini lagi, dia juga enggan memanjangkan isu itu kerana menghormati perasaan dua isteri Adnan, keluarga dan bakal mertuanya.
Kata Nonny, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 26 mins ago