Translate

29 August 2017

Dayang Nurfaizah, dianugerahkan The BrandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership Award 2017

Dayang Nurfaizah Diiktiraf Antara Ikon Seni Negara

 Dayang bersama anugerah yang diterimanya, pada majlis yang diadakan di The Majestic Hotel, malam tadi. Kredit foto BH online.Dayang bersama anugerah yang diterimanya, pada majlis yang diadakan di The Majestic Hotel, malam tadi. Kredit foto BH online.
Penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah, dianugerahkan The BrandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership Award 2017 atas pencapaiannya dalam industri muzik tempatan.
Menurut laporan BH online, Dayang menerima anugerah dalam kategori terbabit bersama beberapa lagi ikon negara, antaranya penerbit dan komposer Datuk Wah Idris; pemain biola; Dr Joanne Yoeh; pemenang acara 100 meter Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan; penerjun, Cheong Jun Hoong; dan pemain bowling negara, Shalin Zulkifli.
Dayang menyifatkan anugerah yang diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan diraih dalam industri muzik tempatan kebelakangan ini.
"Sebagai penggiat seni sudah tentu saya berasa bangga dengan anugerah yang diberikan, bersama dengan ikon dalam beberapa bidang lain.
"Penganjur melihat penggiat seni seperti saya juga mampu menyumbang dalam membina jenama sesuai tema majlis tahun ini, Ikon-Signifikan Kehidupan," katanya.
Kata Dayang lagi, dia difahamkan mereka yang menerima anugerah berprestij ini dinilai menerusi inovatif ditampilkan dalam meletakkan kerjaya ke tahap tertinggi dan membina jenama.
"Penganjur menyatakan mereka yang menerima anugerah dalam setiap kategori dianggap ikon kerana memiliki kekuatan dan berani untuk melangkah jauh," katanya.

Malaysian Digest


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ho chi minh city viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis tingkatkan keselamatan di kawasan tumpuan AF' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 32 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 1 hr 58 mins ago