Translate

17 January 2017

Video memaparkan seorang pekerja syarikat perkhidmatan kurier menendang seorang wanita dipercayai pelanggan menjadi viral


Pekerja Syarikat Kurier Tendang Pelanggan Wanita

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pekerja syarikat perkhidmatan kurier menendang seorang wanita dipercayai pelanggan menjadi tular di laman sosial sejak, semalam.
Berdasarkan klip video, berlaku pertengkaran antara pelanggan wanita itu dengan pekerja syarikat berkenaan, sebelum pekerja lelaki itu bertindak menendang mangsa mengakibatkan dia rebah.
Menurut laporan portal MyNewshub yang memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, kejadian dikatakan berlaku gara-gara wanita berkenaan, seorang pendandan rambut enggan menandatangi resit penerimaan barangan kerana barang yang diterima tidak mengikut kuantiti sebenar seperti tertera pada resit.
Dalam kejadian pada 16 November lalu di Johor Bahru itu, mangsa, Jiang Yujun berusia 34 tahun mendakwa dia sepatutnya menerima dua barangan tetapi syarikat perkhidmatan kurier itu hanya menghantar satu barangan sahaja.
Menurut portal tersebut, berlaku pergaduhan antara mereka selepas pelanggan itu enggan menandatangani dua resit penerimaan, yang mana dia hanya menandatangi satu resit sahaja dan masuk ke kawasan apartmennya dengan satu bungkusan yang diterima.
“Lelaki tersebut telah menendang hingga menyebabkan dia terjatuh dan luka di bahagian pinggul dengan luka sepanjang 12 sentimeter.
“Bukan setakat menendang mangsa, lelaki itu turut menolak kepalanya sebelum berlalu pergi,” lapor MyNewshub.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED