MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Monday, 16 January 2017

Penyanyi Azharina Azhar bersyukur rezekinya semakin murah selepas memenangi program realiti nyanyian Gegar Vaganza 3



Rezeki GV3, Jadual Azharina Penuh Sehingga Hujung Tahun

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 6:01 AM

MSTAR.com.my

Oleh: KEMALIA OTHMAN
mstar@thestar.com.my


Azharina Azhar
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Azharina Azhar bersyukur rezekinya semakin murah selepas memenangi program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada Disember lalu.

Azharina, 32, berkata, undangan persembahan nyanyian sudah penuh sehingga penghujung tahun 2017, malah dia terpaksa menolak beberapa tawaran secara baik kerana masalah jadual.

"Alhamdulillah, jadual saya sudah penuh hingga Disember ini, memang ada yang terpaksa saya tolak secara baik kerana masa bertindan.

"Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja persembahan makan malam (dinner show). Saya baru sahaja balik persembahan untuk Sultan Kedah dan bakal membuat persembahan majlis untuk Sultan Brunei pula minggu ini," ujarnya kepada mStar Online.






Azharina Azhar akui tawaran untuk persembahan penuh untuk tahun ini.

Azharina mengulas selepas ditanya tentang perkembangan kerjayanya selepas berakhir program realiti nyanyian popular itu.

Sementara itu, Azharina berkata, dia mempunyai kelompok peminat yang kebanyakannya berusia lebih 35 tahun.

Katanya, perkara itu membuatkan dia beruntung apabila kerap dipanggil untuk majlis- majlis korporat dan orang kenamaan.

"Boleh dikatakan kebanyakkan persembahan untuk menteri-menteri sahaja, mungkin suara dan lagu-lagu nyanyian saya lebih diminati oleh golongan berumur.

"Tidak mengapalah, walaupun kurang peminat dikalangan remaja tapi saya beruntung kerana bayaran untuk persembahan untuk golongan seperti ini jauh lebih bagus," ujarnya.

Dalam pada itu, Azharina berkata, dia juga bakal membuat konsert di Lombok Indonesia pada 26 Januari ini.

Katanya, dia terharu apabila diterima peminat negara jiran itu dan berhasrat untuk memecah pasaran negara tersebut.

"Alhamdulillah, tiket untuk konsert saya sudah pun habis dijual disana dan saya diminta untuk menyanyikan lima buah lagu.

"Peminat di sana banyak memberi sokongan dan saya juga ada rancangan untuk memasuki pasaran negara itu dengan berkolaborasi dengan pemuzik-pemuzik Indonesia tidak lama lagi," ujarnya.




http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/16/azharina-jadual/




No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers