Translate

02 January 2017

Pengusaha Bas Sekolah terpaksa menaikkan tambang bas sekolah



Tambang Bas Sekolah Terpaksa Dinaikkan - GPBSM


KUALA LUMPUR: Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.

"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama," katanya dalam temubual bersama AWANI7.45 malam tadi.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.

Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

Ikuti penjelasan lanjut berhubung cadangan kenaikan tambang bas sekolah.



- Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muscat viewed '8 Rumah Terbakar, 31 Mangsa Tinggal Sehelai Seping' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penyerahan gratuiti simbol penghargaan buat Saloma' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed '8 Rumah Terbakar, 31 Mangsa Tinggal Sehelai Seping' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru 2 Lelaki Ragut Rantai Warga Emas | BEST' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Solat berjemaah di surau selamatkan 90 pelajar SMK' 36 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, teruska' 46 mins ago