Translate

04 January 2017

Pemandu Myvi dikejar 7 kereta polis seperti adegan fast dan furious

Image result for abang ahmad julai
Pemandu Myvi dikejar 7 kereta polis


Petrajaya – Bagaikan adegan filem ‘Fast & Furious’, seorang lelaki dan wanita gigih melarikan diri dari ditahan polis gara-gara tidak memiliki lesen memandu dalam kejadian di Taman Lebunda, di sini, semalam.

Suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu itu dikejar oleh anggota Unit Peronda Polis (MPV) kira-kira jam 4 petang selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika pihak polis cuba menahannya, suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu tidak mengendahkan arahan dan terus memecut melarikan diri.

Ekoran itu, sebanyaki tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama lebih dua jam. Bagaimanapun, suspek akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri.

“Pemeriksaan mendapati, suspek enggan memberhentikan keretanya kerana bimbang ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

Difahamkan, suspek turut melanggar tiga buah kenderaan lain ketika di dalam cubaan melarikan diri.

Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – Mynewshub



Read more http://www.kualalumpurpost.net/pemandu-myvi-dikejar-7-kereta-polis/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 23 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Hans Isaac returns to lead Finas | BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Virginia viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'February 2016' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 1 hr 49 mins ago