MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Monday, 16 January 2017

Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur

"Motosikal Kapchai Mungkin Bakal Dihalang Memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur," - Menteri Wilayah Persekutuan


Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja. 

"Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

"Apabila ada tambang kenderaan awam yang lebih murah, kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.

Beliau dalam pada masa sama menyatakan kebanyakan motosikal jenis kapchai ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.

Seperti pengharaman beg plastik dan styrofoam, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam untuk peniaga-peniaga demi untuk mengurangkan beban pengguna. - Siakapkeli.my

Sumber: The Star

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers