Translate

06 January 2017

Menurut Coco isteri pertama suaminya telah menerima dia sebagai madunya.


'Isteri pertama suami terima saya sebagai madunya' - Coco
12:41 PM Semasa, Trending




KUALA LUMPUR - Meskipun dikecam, dihina, namun Marshaira Ismail, 19, atau Coco, mengakui dia okay menjadi isteri kedua pada usia muda.


Coco yang kini isteri kedua kepada Azrin Anas, 33, selamat bernikah pada Ahad lalu berkata, dia tidak kisah apa yang orang nak katakan.


Menurut Coco, isteri pertama suaminya juga telah menerima dia sebagai madunya.


"Saya tidak dapat menghalang netizen untuk mengecam, tetapi sebagai manusia biasa, ahli keluarga saya tetap terasa.


"Keluarga saya seperti netizen lain, ada antara mereka turut memberi komen di laman sosial apabila saya dihina. Bagaimanapun, mereka semakin memahami dan tidak lagi membalas apa-apa kenyataan di media sosial kerana enggan mengeruhkan lagi kenyataan.


"Saya dan suami sudah selamat bernikah, manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya," kata Coco kepada Harian Metro semalam.


Di media sosial, tersebar pula gambar screenshot ucapan rindu dari Azrin Anas kepada isterinya, Zura, yang dimuat naik dua minggu yang lalu.







Gambar yang dimuat naik oleh Zaza Hamzah itu disertakan dengan kapsyen berikut:


"Suami text rindu tiap hari, tak semestinya tak kahwin dua, gais. Take note!"


Perkongsian Zaza itu telah dikongsi 3,778 pengguna di laman Facebook dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


Semoga pasangan Coco dan pasangannya serta madunya bahagia dan diharapkan netizen berikan ruang untuk mereka bernafas. - The Reporter

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED