Translate

07 January 2017

Kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu dengan membaling telur.


Pelanggan Mengamuk Baling Telur Di Pejabat Digi


GARA-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu dengan membaling telur.

Amukan lelaki itu turut menyebabkan suasana di ibu pejabat Digi di Petaling Jaya, Selangor menjadi huru-hara seketika, semalam.

Insiden yang menjadi tular itu turut dirakam oleh rakan lelaki terbabit yang menemaninya ke ibu pejabat Digi.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan yang berpakaian kemas berkemeja mengamuk dengan membaling telur sambil bertanyakan mana pengurus.

Pada masa yang sama, pekerja Digi dilihat cuba menenangkannya namun lelaki itu tetap bertegas mahu bertemu dengan pengurus.

Menurut maklumat yang kami terima, lelaki bernama Mohd. Al Iman ini tidak berpuas hati apabila Digi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakkan.

Malah, dia juga telah membuat aduan melalui surat waima e-mel dan Facebook selama setahun namun tidak pernah dilayan.

Dek kerana tidak tahan ditipu, Mohd. Al Iman bertindak mengamuk di ibu pejabat Digi.

Difahamkan, masalah Mohd. Al Iman kini telah selesai secara damai apabila pihak Digi bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah yang dialaminya.
- mynewshub.cc

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 22 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, pe' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori cedera diserang harimau kumbang di Bu' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelabu' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 13 mins ago