Translate

14 January 2017

Dengan sekali lafaz, pelakon Mia Ahmad, 29, sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan


Mia Ahmad Selamat Bergelar Isteri Penjaga Gol JDT
Malaysian Digest


Kredit foto Berita Harian.

Dengan sekali lafaz, pelakon Mia Ahmad, 29, sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, kira-kira jam 10.18 pagi tadi.



Pasangan terbabit dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Taiping, Ustaz Abdul Rashid Azidin dalam majlis yang berlangsung di Taiping Sentosa Villa, Perak.

Mereka disatukan sebagai suami isteri di hadapan kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua pihak, selain kenalan rapat.

Pada majlis itu, heroin drama Hati Perempuan itu menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Anggun dengan solekan jurusolek, Tiar Zainal dan busana oleh Lynda Rahim, Mia memanjat kesyukuran kerana semuanya berjalan lancar.

"Kesungguhan dan keberanian dia (suami) memang memikat hati saya selepas sering gagal dalam hubungan sebelum ini. Pendirian saya terhadap lelaki dan cinta berubah dengan kesungguhannya.

"Selama mengenalinya kira kira setahun lalu, bukan saya bersikap jual mahal, tetapi lebih kepada berwaspada. Saya tidak pasti sama ada Izham mahu serius atau sebaliknya. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Apatah lagi usia saya pun bukan makin menurun.

"Kalau betul-betul dia ingin serius dengan saya, sampai ke tahap mana? Dia lebih muda daripada saya. Dalam hal ini, saya sangat realistik. Saya tidak mahu hubungan yang tidak membawa ke mana-mana dan membuang masa.

"Ternyata jodoh kami kuat dan saya harap ia akan menjadi yang pertama serta terakhir dalam hidup ini,"katanya yang akan mengikut suaminya menetap di Johor Bahru selepas ini.

Malam esok, pasangan ini akan diraikan pula pada majlis resepsi di Taiping Golf and Country Club, Taiping. Dijangka lebih 1,000 tetamu bakal memeriahkan majlis berkenaan.

Sebuah majlis turut dirancang di Kuala Lumpur, hujung Mac nanti.

sumber : BH online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED