Translate

07 February 2015

Zero Juara MLM 2014, Sepahtu menjadi naib juara

Wang 500K.. Hantar Ibu Ke Mekah, Bina Rumah, Belanja Kahwin




Zero merupakan kumpulan MLM 2014 yang telah diumumkan sebagai juara memeberitahu yang mereka akan menggunakan wang RM500,000 itu untuk menghantar ibu mereka menunaikan haji di Mekah.

Selain itu, mereka juga akan membina sebuah rumah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful atau 'Melati'.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata sharif.

Walaupun diumumkan sebagai juara, ramai pihak yang kisah tiga beradik dalam persembahan ke-2 semalam adalah semata-mata untuk meraih simpati. Namun Sharif bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,”  tambhanya lagi. - Siakapkeli.com.my

Zero juara Maharaja Lawak Mega 2014

Dari kiri, Kumpulan Zero (juara), Sepahtu (naib juara) dan Nabil (ketiga) bergambar bersama trofi kemenangan selepas diumumkan pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Kumpulan Zero muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 selepas saingan minggu terakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Gandingan adik beradik Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Mereka menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal.
Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi peserta solo, Nabil yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.
Kumpulan Shiro pula di tempat keempat diikuti kumpulan Bocey di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat.
Peserta diadili juri tetap, Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura serta dua juri luar iaitu Taufik Batisah dari Singapura dan Farah Quinn dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED