Translate

24 February 2015

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z750 maut selepas merempuh kereta di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating,

‘Biker’ Maut Rempuh Kereta Buat Pusingan Tiba-Tiba



KUANTAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z750 maut selepas merempuh kereta di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, dekat sini, 7.30 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Arusairy Mohamed Nordin, 39, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman, Terengganu, sebelum terbabit kemalangan itu.

Menurut saksi kejadian, ketika mangsa tiba di lokasi berkenaan dia gagal mengelak kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U.

Akibatnya, mangsa merempuh kenderaan itu sebelum tercampak ke tengah jalan dan dia disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Komisioner Zainalabidin Othman mengesahkan kejadian. – Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED