Sejak Bila Melaka Ada Adat Tunjuk Payu dara di Majlis Kahwin? Dan Siapakah Datin Azurah yang dimaksudkan? | SEBUAH laman blog dipercayai sengaja mencipta kontroversi apabila memuatnaik gambar lu cah seorang gadis dengan pakaian terlon deh menampakkan payu dara.
Blog terbabit mendakwa individu berkenaan dikenali sebagai Datin Azurah yang tampil begitu di hari perkahwinannya.
Tak cukup dengan itu, penulis menabur fitnah menyatakan terdapat adat orang Melaka yang sememangnya memerlukan si pengantin perempuan menampilkan asetnya itu ketika menjadi raja sehari… kan ke boleh ‘naik hantu’ kalau orang Melaka baca ni!
Menerusi Mynewshub, begini bunyi kenyataan ditampilkan di blog tersebut,
“Menurut beberapa orang Melaka adat orang Melayu Melaka kalau anak perempuan mereka kahwin memang mengeluarkan kedua-dua te teknya walaupun mereka itu orang Islam tidak kira sama ada anak Datuk ini sebahagian adat resam dan budaya orang Islam Melaka yang telah diamalkan sekian lama.
“Bagi orang Melayu Melaka bukan semuanya hanya segelintir sahaja yang memakai pakaian hingga mengeluarkan buah te tek ini memang trend orang Islam sekarang hanya untuk di Melaka sahaja bukan semua negeri.”
Menerusi foto ditampilkan, kelihatan individu wanita yang dikatakan ‘Datin Azurah’ langsung tidak kelihatan canggung dan masih tersenyum walaupun persalinan yang disarungnya terlorot hingga menampakkan kedua-dua belah payu dara.
Malah, pasangannya di sebelah turut kelihatan tersenyum dan tidak menampakkan reaksi terkejut mahupun marah ketika isteri di sebelah membuat tayangan percuma kepada jemputan.
Bagi yang baru sehari dua kenal Internet mungkin boleh terpengaruh dengan dakyah tahyul penulis blog ini namun rasanya ramai pembaca sudah cukup bijak untuk termakan umpan bodoh bermodalkan se ks begini.
Apa yang dikesalkan, penulis blog kelihatan tidak kisah bermain dengan sentimen agama dan budaya Melayu semata-mata mahu membawa pelawat ke laman blognya.
Jika penulis yang melakukan perbuatan ini seorang Islam yang tahu betapa besarnya dosa memfitnah maka tindakan ini lebih keji daripada isu hukum agama dipersoalkan individu bukan Islam yang sekurang-kurangnya, memang tak tahu hukum.
Melalui beberapa carian, gambar "Datin Azurah" yang dimaksudkan hanyalah gambar google yang telah bertahun-tahun lamanya dan dikeluarkan di website lu cah.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa, status kesahihan kisah adat orang melaka tayang payu dara di majlis perkahwinan adalah palsu dan Datin Azurah yang dimaksudkan hanyalah rekaan semata-mata.