Translate

22 February 2015

New Balance Malaysia Mohon Maaf Isu Kasut Kulit Babi




KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.

Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.

Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit ba.bi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas.

Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.
Kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia melalui FB hari ini

Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit ba.bi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan.

Malah, kasut yang menggunakan kulit ba.bi akan dibalut dengan plastik.

Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit ba.bi. Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam. - Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Peats ridge viewed '75 per cent of United Nations missions' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed '15 countries have sent trade deal p' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed '396 household heads eligible f' 10 mins ago
A visitor from Selangor viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed '75 per cent of United Nations missions' 11 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Two Policemen Charged With Raping and Committing U' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KES BAYI KEMBAR HILANG JKNP NAFI KES TULAR | BEST ' 15 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 21 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago