Translate

20 February 2015

Tengku Mahkota Kelantan Ziarah Keluarga & Pusara Nik Aziz




KOTA BAHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra pada Khamis berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggal dunia 12 Februari lepas akibat kanser prostat. - mStar Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 24 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 33 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 38 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Kertas siasatan kes buli pelajar MRSM dihantar ke ' 42 mins ago