BUTTERWORTH: Pihak polis semal berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai telah melempar bungkusan mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini.
Menurut AJK Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.
Kejadian bungkusan daging babi dilempar ke dalam kawasa masjid tersebut awal pagi ini bukan pertama kali berlaku.
"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya. - Siakapkeli.com.my