Translate

08 February 2015

Sanggup bedah Kaki Untuk Jadi Tinggi kerana Mahu Jadi Model

Sanggup bedah Kaki Untuk Jadi Tinggi kerana Mahu Jadi Model



Hanya kerana tidak cukup tinggi untuk menjadi seorang model seorang remaja perempuan dari Rusia,Alexander Transer, telah menghabiskan ribuan ribu dolar untuk pembedahan menambah ketinggiannya,

Beliau yang berketinggian 165 cm telah menjalakan pembedahan kerana syarat untuk menjadi model perlulah tinggi sekurang-kurangnya 183 cm.

Beliau yang semenagnya berminat dalam bidang tersebut telah menyimpan wang sakunya demi memastikan wang simpananya cukup untuk menjalankan pembedahan tersebut sejak berumur 17 tahun lagi.

Meskipun kini Transer sudah berusia 30 tahun, namun dia masih meneruskan rawatan berkenaan.

Saya dimaklumkan oleh pengarah agensi modelling bahawa saya tidak cukup tinggi dan satu-satunya cara untuk menjadi tinggi adalah dengan memanjangkan kaki.

“Jadi saya lakukan apa yang perlu biarpun ibu bapa saya pada mulanya membantah,’’katanya.

Beliau telah menjalani prosedur llizarov, iaitu rawatan memanjangkan tulang, sama seperti yang dilakukan ke atas juara lompat tinggi Soviet , Valery Brumel yang melakukan pembedahan berkenaan pada 1968.

Transer telah menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana mahu mengumpul wang tersebut dan bekerja dengan bapanya seorang jurutera sebagai pembantu.

Ia melibatkan prosedur memasukkan besi di kedua-dua belah kakinya dan Transer perlu memusingkan skru di kakinya itu empat kali sehari.

“Pembedahan itu berjaya dan dalam sembilan bulan, saya tinggi sebanyak 6cm lagi.

“Saya kini merancang untuk melakukan dua lagi pembedahan dalam tempoh beberapa tahun lagi dan menjelang 2018, ketinggian saya akan bertambah menjadi 6 kaki,’’ katanya. -Siakapkeli.com.my

Bestfbkl - This is taking it to the extreme already!


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED