Translate

15 February 2015

Peniaga Gelar Pegawai Penguatkuasa MPSP Sebagai "Anjing Kutip Barang" Adalah keterlaluan (video)



Tindakkan para peniaga yang tidak berlesen di Sg Batu Balik Pulau telah menimbulkan kekecohan dan ketegangan apabila mereka bertindak menghalang dan memaki pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertugas.

Peniaga-peniaga ini telah memanggil pegawai penguatkuasa MPSP sebagai 'anjing' seperti video yang dirakam oleh salah seorang peniaga tersebut.

MPPP yang menerima maklumat orang ramai apabila dikatakan terdapat peniaga-peniaga di kawasan tersebut telah menjual mercun berbahaya  secara terbuka tanpa lesen.

Mereka yang mendapat laporan tersebut telah menggerakkan operasi dengan dibantu oleh Polis Bantuan untuk menyita dan merampas barangan haram berkenaan.

Tetapi tindakan mereka itu membuatkan peniaga-peniaga haram tersebut tidak berpuas hati dan telah membuat provokasi melampau dengan memanggil pegawai MPSP sebagai anjing serta melakukan helah kononnya pegawai berkenaan melakukan kekasaran ke atas mereka.

Di dalam video tersebut kedengaran ayat berbunyi "Anjing kutip barang" berulang-ulang kali yang ditujukan kepada penguatkuasa MPSP dan apabila pihak MPSP cuba merampas mercun itu dan dilihat ada peniaga yang cuba menghalang dengan menolak barang yang dipegang oleh penguatkuasa MPSP tersebut.

Bagi admin sendiri tindakan yang dilakukan oleh peniaga tersebut amat keterlaluan dan tidakan perlu diambil kepada mereka kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas selain menggelar penguatkuasa dengan perkataan tidak sepatutnya. - Siakapkeli.com.my


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED