400 Penyokong Anwar Berdemo di Hadapan Sogo
- Saturday, 14 February 2015
- Written By Moderator
KUALA LUMPUR 14 Feb - Seramai 400 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di perkarangan pusat membeli belah Sogo petang ini sebagai tanda protes menentang keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan kes liwat II.
Perhimpunan yang disertai beberapa NGO itu bermula sekitar jam 4.30 petang ini turut dihadiri anak sulung Anwar, Nurul Izzah, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Safuan Anang dan Fahmi Zainol.
Mereka turut berucap dengan Nurul berkata mereka adik beradik akan berjaga di luar penjara setiap malam.
Manakala Nik Nazmi pula mengedarkan poskad “Much 2 Freedom’ yang dialamatkan kepada Anwar di penjara.
Para penyokong mula berarak menuju ke Dataran Merdeka sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’ sekitar 5:30 petang tadi.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya beralih menuju ke arah Pudu kerana Dataran Merdeka ditutup.
Sambil berjalan, mereka menyanyikan lagu anak muda dan lagu mahasiswa.
Terdapat 10 anggota polis yang kelihatan mengawal trafik.
Perhimpunan itu turut menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan berhampiran