Translate

07 November 2014

Rozana Misbun tak tahu sijil nikah dengan Awie wujud


6 Nov – Isteri kepada penyanyi rock popular Awie, Rozana Misbun mempertikai dan mempersoal kesahihan sijil nikah yang dikemukakan oleh suaminya itu dalam permohonan mendapatkan perintah hak jagaan sementara sebelah pihak ke atas ketiga-tiga anak mereka.
"Anak guam saya tidak tahu mengenai kewujudan sijil nikah ini dan apabila dimaklumkan, dia membuat semakan dengan bertanya secara lisan di JHEINPP.
"Dia menerima kiriman surat bertarikh 4 Julai 2014 yang menyatakan surat perakuan nikah dikemukakan responden (Awie) dalam permohonan mendapatkan hak jagaan anak sementara cara sebelah pihak sebelum itu tidak wujud dalam daftar perkahwinan," ujar peguam syarie Rozana, Majdah Muda yang dipetik dari Berita Harian.
Dalam pada itu, Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain telah memerintah Rozana, 36, mengemukakan afidavit akuan bersumpah oleh pegawai yang mengeluarkan surat itu dan diserahkan kepada mahkamah untuk semakan status dokumen berkenaan sebelum keputusan dibuat.
Pada masa sama, Mohd Amran menetapkan 26 November ini untuk serahan akuan bersumpah dan 18 Disember bagi perbicaraan sekiranya sepina dikeluarkan kepada pegawai JHEINPP.
Sementara itu, pihak mahkamah turut menetapkan 27 November bagi pendengaran permohonan Rozana untuk membatalkan permohonan mendapatkan hak jagaan kekal anak yang difailkan Awie pada 21 Julai lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED