Translate

22 October 2014

Jasmine Michael Tak Keluar Rumah Di Hari Deepavali meluangkan masa bersama keluarga.

Jasmine Michael Tak Keluar Rumah Di Hari Deepavali

..
Kalau setiap hari, rutinnya agak padat dengan jadual penggambaran drama dan beberapa aktiviti seni lain. Justeru kesempatan cuti sempena Hari Deepavali digunakan sebaik-baiknya oleh aktres Jasmine Michael, meluangkan masa bersama keluarga.
Menurut Jasmine, setiap kali tiba pesta cahaya, keluarganya meraikan dalam kesederhanaan namun tetap meriah. Meskipun mereka hanya dengan duduk di rumah, tetapi macam-macam perkara yang mereka lakukan bersama sepanjang hari.
"Setiap kali Deepavali, kami satu keluarga akan luangkan masa bersama. Hari pertama kami tak akan keluar rumah. Biasanya selepas sembahyang kami akan berkumpul adik beradik di rumah dan adakan aktiviti bertukar-tukar hadiah. Selepas itu kami makan, menonton program-program menarik di televisyen ataupun tonton filem. Di sebelah malam pula, kadang-kadang kami keluar makan malam.
"Dua orang kakak saya sudah berkeluarga dan mereka tinggal di luar Kuala Lumpur. Kadang-kadang kalau mereka tak dapat balik meraikan Deepavali bersama, saya akan bawa ibu pergi menonton wayang, bawa dia pergi membeli belah.
"Hari kedua baru kami melawat saudara-mara serta sahabat handai", kata anak bongsu daripada empat beradik ini ketika diajak berkongsi serba sedikit mengenai sambutan Hari Deepavalinya.
Jasmine pernah muncul menerusi filem arahan Mamat Khalid, 'Estet', memegang watak Geetha.
Berkongsi tentang persiapan pula, tahun ini Jasmin hanya membeli sepasang sari berwarna hijau muda. Dan tidak lengkap rasanya Deepavali tanpa hidangan juadah yang enak-enak. Beritahu Jasmin, sudah menjadi tradisi juadah yang wajib ada pada pagi raya seperti ponggal, vadee dan payasam.
"Kalau hari pertama kami semua vegetarian. Juadah yang wajib ada seperti manisan yang diperbuat daripada nasi dipanggil ponggal. Selain itu ada juga payasam, vade, tosey dan puri. Hari kedua baru kami makan ikan dan ayam",katanya yang bercuti hanya satu hari saja untuk raya tahun ini.
Mengenai kerjaya pula, Jasmin bakal muncul menerusi telemovie sempena Deepavali berjudul 'Hadiah' yang ditayangkan di TV2. Selain itu, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama Tamil berjudul 'Andu' (Sayang).
-mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 4 hrs 6 mins ago