Translate

07 March 2014

Norish Karman kini semakin yakin dan mahu fokus pada karier nyanyian berbanding bidang lakonan

Norish Karman semakin yakin bergelar penyanyi

5 Feb – Pelakon dan penyanyi, Norish Karman kini semakin yakin dan mahu fokus pada karier nyanyian berbanding bidang lakonan kerana bayaran yang diterimanya lebih tinggi.
"Kadang-kala bayaran yang saya terima untuk mengadakan persembahan kurang daripada satu jam sama nilainya dengan berlakon dalam sebuah telefilem yang mengambil masa seminggu atau lebih untuk disiapkan.
"Alhamdulillah setakat ini undangan untuk mengadakan persembahan makan malam sentiasa ada dan saya semakin yakin bergelar penyanyi," ujarnya kepada mStar.
Tambah Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman lagi, dengan membuat persembahan nyanyian juga dia dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya berikutan masa persembahan yang tidak begitu panjang.
Norish, 39, bagaimanapun bukan mahu meninggalkan dunia lakonan terus tetapi kini dia lebih selektif kerana tidak mahu membawa watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
"Mana mungkin saya akan tinggalkan dunia lakonan tetapi saya akui kini lebih selektif kerana tidak mahu asyik membawa watak sama sehingga membuatkan penonton bosan."
Dalam pada itu, Norish turut memberitahu dia baru sahaja selesai menghasilkan single terbarunya yang akan diriliskan dalam masa terdekat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED