Translate

27 March 2014

Hanis Zalikha Harap Peminat Berhenti Anggap Dirinya Hanez Suraya

Hanis Zalikha Harap Peminat Berhenti Anggap Dirinya Hanez Suraya

Kredit foto Danish Haikal/RotikayaKredit foto Danish Haikal/Rotikaya
Hanya kerana sebutan namanya sama dengan pelakon kontroversi Hanez Suraya, blogger yang kini rancak membina nama sebagai pelakon juga pengacara, Hanis Zalikha, 24, tidak menafikan bahwa dia juga terkena tempias dek kontroversi dakwaan Hanez Suraya merampas suami orang, yang tercetus bulan lalu.
Menurut Hanis, beberapa hari selepas berita kontroversi itu tersiar di dada-dada akhbar serta hangat diperkata ramai di laman sosial, dia dicemuh segelintir pihak yang menganggap dirinya adalah pelakon wanita tersebut.
Malah ada peminat yang memarahinya menerusi laman Twitter dengan mengatakan perbuatannya itu (merampas suami orang) cukup memalukan. Kesal dengan hal itu, Hanis bagaimanapun lega apabila peminat terbabit kemudiannya memohon maaf dan menyatakan dia tersilap orang.
"Sebenarnya sebelum ini pun ada yang ingat saya ni Hanez Suraya. Saya menyedari hal itu sejak Hanez Suraya berlakon drama 'Mr. Arrogant' lagi. Ada peminat yang marah saya kerana mereka kata dalam drama tu saya berpakaian seksi. Padahal bukan saya yang berlakon drama tersebut.
"Selain tu bila timbul kontroversi yang mengaitkan Hanez Suraya, ada peminat tweet kepada saya. Kata dia, "Shame on you! (Awak ni memalukan!)". Saya terkejut dan kesal bila perkara tu berlaku. Masa tu fanclub saya nak balas semula tweet tersebut, tapi saya tak bagi sebab tak nak panjang-panjangkan cerita. Tapi tak lama lepas tu, peminat tersebut ada tweet secara umum, dia meminta maaf dan memberitahu dia tersilap orang.
"Saya juga ada ternampak seorang peminat ni tweet, katanya, "tengah lepak kat Starbuck. Makcik-makcik belakang ni sibuk dok bergosip pasal Hanez Suraya tapi salah sebut nama, diorang sebut Hanis Zalikha", katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman selebriti canti ini sebagai duta baru produk kecantikan, Safi Balqis bertempat di hotel Empire Subang, semalam.
Lantaran tidak hairanlah sewaktu timbul isu Hanez Suraya diboikot dan dakwaan ditarik semula gelaran sebagai duta produk kecantikan Aura White baru-baru ini, nama Hanis Zalikha tiba-tiba menjadi sebutan sebagai pengganti.
"Mungkin sebab peminat ramai tahu saya ni seorang yang suka dengan produk kecantikan. Selain tu mungkin juga sebab nama kami seakan sama. Itu yang mungkin membuatkan ramai jangka saya sebagai duta baru produk tersebut. Tapi sebenarnya tidak.
"Saya baik dengan Hanez Suraya, walaupun kami sangat jarang berjumpa. Hanya jumpa di acara hiburan. Bila hal ini terjadi, ada juga yang cadangkan saya supaya menggunakan saja nama Zalikha. Tapi saya tak mahu lah. Lagipun hanya sebutan pangkal nama kami saja kedengaran sama. Dari segi ejaan dan wajah kami berbeza. Saya harap peminat tidak lagi keliru saya dengan Hanez Suraya", komen Hanis Zalikha ketika diminta mengulas hal tersebut.
Guna Sejak Zaman Sekolah
Hanis Zalikha bersama Pengarah Urusan Wipro Unza Sdn Bhd, En. Sri Krishnamurthy dan Pengurus Kumpulan Produk Safi Balqis, Mahsuri Sulaiman sewaktu di majlis pelancaran rangkaian baru produk itu yang berlangsung di hotel Empire Subang, semalam.Hanis Zalikha bersama Pengarah Urusan Wipro Unza Sdn Bhd, En. Sri Krishnamurthy dan Pengurus Kumpulan Produk Safi Balqis, Mahsuri Sulaiman sewaktu di majlis pelancaran rangkaian baru produk itu yang berlangsung di hotel Empire Subang, semalam.
Sementara itu, mengenai pemilihannya sebagai duta Safi Balqis, Hanis berkata dia memang telah lama menggunakan produk tersebut sekaligus yakin dengan keberkesanannya. Lantas apabila dilamar sebaga duta, Hanis tidak berfikir panjang sebaliknya peluang keemasan ini disifat sebagai satu penghargaan buat dirinya.
Apatahlagi dia boleh dikatakan masih baru lagi dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding duta-duta Safi Balqis sebelum ini yang sedia punya nama besar dalam dunia seni tanah air. Antaranya, Elly Mazlein, Dynas Mokhtar dan Shila Amzah.
"Masa zaman sekolah, saya pakai Safi Balqis dan saya yakin dengan produk ni. Selain tu, bila sebut Safi Balqis, ramai peminat yang bagi respon positif terhadap produk ni. Jadi saya tak fikir panjang, malah saya berbesar hati dipilih sebagai duta Safi Balqis sekaligus sebagai penyambung legasi duta-duta sebelum ini.
"Tak dinafi ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Lebih-lebih lagi Safi Balqis salah satu jenama produk kecantikan yang ternama Dengan tanggungjawab yang saya galas ni akan sentiasa buat saya beringat supaya saya perlu jaga imej saya. Saya kena lebih tahu cara nak bawa diri dan mengelak dari dikaitkan dengan sebarang kontroversi", katanya mengikat kontrak selama dua tahun.
Dalam pada itu, sempena pemilihan Hanis sebagai duta baru, jenama itu telah melancarkan rangkaian baru kombinasi sistem 3 gen pencerahan iaitu Safi Balqis White Trilogy.
- mD




Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED