Translate

31 March 2014

Konsert Calvin Harris Bersih Daripada Dadah - Ketua Polis Sepang

Konsert Calvin Harris di Sepang Bersih - Ketua Polis

..
Konsert deejay popular United Kingdom, Calvin Harris, yang berlangsung di lapangan helipad Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad (malam tadi), bersih.
'DJ Termahal Dunia' ini tampil menghangatkan lagi acara 'post party' sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2014.
Ketua Polis Ibu Pejabat Sepang, Mohd Yusoff Awang mengesahkan, konsert yang dibanjiri ribuan peminat muzik juga penonton F1 tempatan dan dari luar negara ini lancar tanpa sebarang tangkapan juga insiden yang tidak diingini berlaku.
"Konsert malam tadi berjalan lancar. Tiada sebarang tangkapan dibuat dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Pihak kami sejak awal lagi telah memberi amaran keras kepada pengunjung yang hadir di konsert itu, sekirannya mereka disyaki menangih dadah, mengambil dada juga mengedar dadah, mereka akan dikenakan tindakan tegas.
"Dan untuk menunjukkan keseriusan pihak polis, dengan bantuan dari IPK Selangor dan Bukit Aman, semalam seramai 200 anggota polis dari jabatan Narkotik telah bertugas memantau sekaligus memastikan tiada sebarang masalah sepanjang konsert berlangsung. Serta enam ekor anjing dadah juga dibawa ke tempat konsert untuk membantu operasi. Terima kasih kepada para pengunjung yang mematuhi peraturan perturan yang tela ditetapkan", katanya Mohd Yusoff ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi.
Pihak polis melakukan pemeriksaan sebelum membenarkan pengunjung masuk ke kawasan konsert. Pihak polis melakukan pemeriksaan sebelum membenarkan pengunjung masuk ke kawasan konsert.
Ini merupakan kali pertama Calvin atau nama sebenarnya Adam Richards Wiles membuat persembahan di Malaysia.
Konsert penuh meriah itu berakhir pada tepat jam 11 malam. Bagaimanapun pihak media tidak dibenarkan merakamkan gambar dan video sepanjang konsert berlangsung.
..
Biarpun konsert malam tadi tidak menimbulkan sebarang isu dan kontroversi, namun sebilangan besar peminat meluahkan pendapat bahwa konsert ini sepatutnya tidak diteruskan memandangkan negara kini berdepan dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysian Airlines, MH370. Ini kerana, mereka berpendapat pihak F1 seolah-olah tidak menghormati perasaan keluarga para penumpang persawat yang terlibat.
Sebelum ini media melaporkan beberapa konsert dan festival muzik yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dibatalkan ekoran menghormati tragedi MH370. Termasuk Festival Future Music yang berlangsung selama tiga hari di Bukit Jalil juga dibatalkan pada hari terakhir festival ekoran berlaku insiden kematian beberapa pengunjung konsert akibat pengambilan
dada berlebihan.
- mD

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED