Translate

24 March 2014

Sharifah Sakinah - Gambar Perut Tidak Mengghairahkan

Sharifah Sakinah Anggap Gambar Perut Tidak Mengghairahkan

Setiap tindak-tanduk pelakon Sharifah Sakinah, 25, sering menjadi buah mulut masyarakat. Baru-baru ini dia dikritik gara-gara memuatnaik gambar perutnya di laman sosial Instagram. Namun Sakinah menegaskan perkara itu tak perlu diperbesarkan kerana gambar tersebut tidak mengghairahkan.



“Tujuan saya memuatnaik gambar itu hanya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa semua orang mampu kurus. Gambar tu tak mengghairahkan pun jadi tak perlu perbesarkan isu ini,” kata Sakinah menjelaskan bentuk badannya dulu tidak selangsing sekarang.

Sakinah yang aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah gembira inisiatifnya membuahkan hasil apabila ramai yang berkongsi perubahan bentuk badan mereka terutama pada bahagian perut.
“Kalau anda cari #fitnesssakinah di laman sosial, boleh nampak ramai yang turut menayangkan perut mereka sebagai tanda kejayaan usaha mereka untuk menurunkan berat badan,” kata Sakinah menjelaskan program tersebut turut menarik minat selebriti seperti Fara Fauzana, Dato’ Siti Nurhaliza, Tasha Shila dan Marsha.

Dalam perkembangan lain, Sakinah bakal menjalani penggambaran filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. berjudul ‘Pekak’. Memegang watak antagonis, Sakinah teruja untuk menjalani penggambaran ini kerana tertarik dengan watak Melor.

“Ketika saya menjalani ujibakat untuk filem ini, saya dah tertarik dengan watak Melor kerana Melor merupakan seorang budak kampung yang liar,” kata Sakinah.

Selain Sakinah, antara pelakon lain yang bakal menyerikan filem ini adalah Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra dan Amirul Affendi.

Pekak berkisar tentang seorang anak muda cacat pendengaran yang memilih jalan singkat untuk mencari wang bagi menjalani pembedahan telinga.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 45 mins ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 56 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 3 hrs 6 mins ago