Translate

27 March 2014

Tetamu Terkejut bila Pengantin Tiba-Tiba Bersilat

Pengantin Tiba-Tiba Bersilat

Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi./Pic:Sinar HarianMohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi./Pic:Sinar HarianSUNGAI PETANI: Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.
Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.
Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.
Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.
Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.
Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.
Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.
Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.
“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.
“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.
“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

- Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 19 secs ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 1 min ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 3 hrs 19 mins ago