Translate

26 March 2014

Nina Iskandar Bakal Bertunang Tetapi Bukan Dengan Anak Tiri Datuk Siti


..
Sebelum ini timbul gosip pelakon baharu, Nina Iskandar bercinta dengan Adib Khalid iaitu anak ahli perniagaan terkenal, Datuk Mohd Khalid Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Terbaharu, pelakon kelahiran Brunei Darulsalam ini mengesahkan yang dia bakal bertunang pada Ogos depan tetapi bukan dengan anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu. Sebaliknya dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan.
"Benar saya akan bertunang dengan kekasih saya pada Ogos ini tetapi bukannya dengan Adib seperti yang digosipkan sejak akhir-akhir ini.
"Kekasih saya bernama Ahmad Heikal, berusia 30 tahun dan kami berkenalan pada November tahun lalu. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga gembira dengan perhubungan ini", katanya.
Tambah Nina, walaupun nekad mengikat tali pertunangan namun dia belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana mahu mengembangkan kerjaya lakonannya sebelum mendirikan rumah tangga.
"Saya baru berada setahun dalam dunia seni lakonan dan terlalu banyak perkara yang harus saya asah untuk menjadi pelakon yang baik.
"Setakat ini kami hanya merancang untuk bertunang dan belum terfikir untuk berkahwin dalam terdekat.
"Banyak perkara yang perlu diterokai sebelum mahu bergelar isteri," ujarnya.

sumber : mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 54 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 7 hrs 10 mins ago