- View PhotoReen Rahim tak peduli komen berbikini di Thailand
5 Feb – Juara program "Pilih Kasih" musim ketiga, Reen Rahim tampil memberi kenyataan selepas dia dikecam teruk di forum sosial selepas berkongsi gambar-gambarnya yang hanya berbikini di Instagram ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand baru-baru ini.
"Minta maaflah, kalau setakat komen dengan cara yang biadab dan kasar, saya takkan ambil kisah pandangan mereka.
"Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarakat.
"Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlalu dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah," katanya kepada Harian Metro.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, apa yang dikongsi di laman sosialnya itu adalah dirinya yang sebenar.
"Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang sama.
"Sudah tentu setiap gambar yang hendak dimuat naik akan saya tapis dulu. Cuma sampai bila saya kena hipokrit padahal di saya berbeza."
Tamabah pelakon berusia 26 tahun itu lagi, walaupun dirinya begitu tetapi dia masih menjaga batas dan adab.
"Teguran itu boleh tapi kalau kritik dengan biadab saya tak tahu boleh terima sebab keluarga lebih kenal saya macam mana."
BESTFBKL- I didnt really see anything wrong in those pictures its a one piece swimsuit on the beach, whats the fuss all about? Go to Sunway Lagoon and you will see thousands there wearing worse outfits.