- View PhotoAdira nafi sudah putus dengan Shahrul
4 Mac – Penyanyi Adira menyangkal dakwaan kononnya sudah memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin.
"Sebelum ini saya dedahkan gambar saya dan Shahrul di Instagram kerana mahu berkongsi aktiviti kami.
"Tetapi apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memberi komen negatif selain menggunakan gambar kami atas tujuan untuk mengutuk, saya mengambil keputusan untuk tidak memuat naik gambar kami lagi," katanya kepada mStar.
Pada masa sama, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menafikan khabar angin yang mengatakan kekasihnya menjalin hubungan dengan pelakon seksi, Lana Nordin.
"Memandangkan Shaharul tidak biasa dengan gosip-gosip seperti itu, dia terkejut. Kasihan juga dekat dia dan Lana yang menjadi mangsa gosip. Yang penting saya percayakan dia."
Sementara itu, Adira bakal terbabit membuat persembahan sebagai artis jemputan bersama Hafiz Suip pada Minggu Setiausaha dan bakal meriliskan album terbarunya dalam masa terdekat.